Harapan untuk pergi ke pantai.
Assalamualaikum..
Malam ni tengah hujan..16/11/2020 bersamaan hari Isnin. Aku berada di Perak, Malaysia.
Kalau korang nak tahu, aku sebenarnya teringin nak pergi pantai sejak telinga aku ada problem..Dulu aku ada sakit telinga disebabkan oleh perangai aku waktu kecil.
Sebelum aku sakit telinga, aku selalu menangis dan aku selalu mandi kolam..So bila gegendang telinga aku dah pecah, telinga aku selalu berair..Jadi bila aku nak mandi, susah sikit la sebab x boleh nak basah kepala..Bila aku nak syampu rambut, aku kene minta tolong umi aku..
Kembali semula kepada harapan aku untuk pergi ke pantai..
Aku selalu dapat time best ni, bila holiday jer..Jadi susah la nak pergi pantai kan..Nak kene booking hotel, jadi duit banyak habis.So waktu yang paling aku nantikan bila ayah aku and my family setuju nak pergi pantai during the holidays. Tapi jarang la pergi..
Memandangkan kita sekarang ni tengah pkpb, mungkin lagi susah nak pergi pantai..nak holiday and banyak lagi la..
Jom tengok gambar pantai sikit..untuk segarkan mata..
Cantik tak? Ni ada kat Malaysia...tapi tak tau kat mana..😅
Tapi tu lah tak dapat pergi..nak buat macam mana kan?..
Kalau dapat pergi pon, dapat basah kaki jer..sebab telinga masih tak okey..
Siapa je yang mampu melihat pemandangan yang indah di depan mata, tetapi tak dapat merasakan betapa best nya dekat pantai tu..Sabar jelah..
Untuk yang terakhir, aku tunjukkan dia punya gambar lain la..Sebelum tu, korang share la blog ni kepada kawan korang..tambah ilmu sikit..😂
Yang ni namanya pulau Kapalai ☝☝
Yang ni pulak pulau Mataking 👆👆
Yang ni pulau Gemia ☝☝
Jadi sampai di sini sahaja perkongsian aku..Tolong tinggalkan komen dan share kan blog ini kepada kawan kawan anda..
Daripada Balqis Hanan Binti Mohd Raimi.
Sekian, terima kasih..
___________________________________________________________________
Assalamualaikum..
Hari ni 17/11/2020 hari Selasa..
Kali ni aku nak tunjukkan gambar aku mandi kolam waktu kecil dengan keluarga..
Sekali lagi aku nak minta korang tolong share kan blog ni kepada kawan anda ataupon saudara mara dan sepupu anda..
Ni gambar aku waktu kecil..👆👆
Yang pakai baju purple tu aku..Yang sebelah aku tu abang aku..👆👆Dulu aku selalu nangis..
Yang pakai baju hijau tu aku..mandi kolam !!!👆👆
Best kan? Aku mandi kolam tahun 2010..
Sampai di sini sahaja..Jadi kalau ada sape sape nak kongsikan pengalaman dia, boleh komen di bawah..
Daripada Balqis Hanan Binti Mohd Raimi
Terima kasih..
Comments
Post a Comment